Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Peniaga permaidani, Deepak Jaiskishan akan menerbitkan buku keduanya, Black Rose 2.0 bertajuk "Black Magic Women' tidak lama lagi.
Menurut satu kenyataan yang dihantar beliau kepada wartawan, buku 47 halaman berbahasa Inggeris ini akan mengandungi pelbagai pendedahan terbaru.
"Buku ini akan mengandungi nama, gambar, alamat, bayaran yang dibuat dan amalan yang selalu dibuat oleh (Datuk Seri) Najib & (Datin Seri) Rosmah termasuk amalan yang berlawanan dengan penyokong politiknya menggunakan ahli sihir dan bomoh dari Kelantan," tulis Deepak dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, buku bertajuk 'Black Rose: Black Rose 1.0' telah diedarkan melalui internet namun ketika dihubungi Harakahdaily Deepak enggan mengesahkan apakah itu bukunya yang pertama.
Buku itu kemudiannya dibuat dalam bahasa Malaysia dengan dimasukkan sekali akuan bersumpah P Balasubramaniam yang pertama dan kedua serta wawancara Harakahdaily dengan Deepak.
Minta Dr M amal wisdom
Dalam kenyataan terbarunya, Deepak juga memaklumkan beliau berharap Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri juga mengamalkan 'wisdom' sebagaimana yang dimintanya dari petugas Proton.
Dr Mahathir juga, kata Deepak, patut meminta Datuk Seri Najib Razak mengamalkan 'wisdom' bukan 'wifedom' sebagaimana yang berlaku sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan