BOESTAMAM SARI
Dalam rencana Manila Buletin Publishing Corporation “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi (MNLF), Nur Misuari menyebut peranan jahat Najib Razak di Lahad Datu.
"Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak," isi kandungan itu dipetik.
############
Sebelum Najib Razak memainkan hati dan perasaan balu-balu askar lebih jauh, ada baik juga rakyat kembali mengkaji keterlibatan Najib Razak dengan Sulu sebelum ini.
Keterlibatan erat antara Najib Razak dan Sulu 'pengganas' inilah yang menyebabkan Najib enggan menamatkan perang Sabah bertujuan menyelamatkan politiknya.
Fitnah Umno yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan para penceroboh Filipina di Lahad Datu itu boleh menjadi senjata makan tuan.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika memberi maklum balas berhubung hal itu berkata, Umno memperalatkan media untuk membuat tuduhan secara tidak profesional.
Tambah beliau, pertuduhan dan dakwaan ke atas Anwar sepatutnya dibawa bersama bukti-bukti yang jelas.
“Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.
“Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara,” katanya.
Dalam suatu kenyataannya kepada media Selangor, Johari berkata, keselamatan negara adalah hal penting yang perlu diutamakan dan individu tertentu tidak perlu dijadikan ‘kambing hitam’ untuk ‘menyelesaikan masalah’.
Dalam keghairahan BN mengaitkan Anwar, ada kisah yang mengaitkan Najib Razak dengan peristiwa Lahad Datu ini.
Di dalam Rencana Manila Buletin Publishing Corporation berjudul, “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi Barisan Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari menyentuh keterlibatan Najib Razak sebagai dalang peperangan itu.
"Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak," isi kandungan itu dipetik.
Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat dalam pencerobohan Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.
Sehubungan itu, Anwar memfailkan saman RM100 juta masing-masing ke atas akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.
Sumber rujukan lain:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan