Nak lucut kerakyatan Tian Chua? hebat Ezam!

notan
Assalamualaikum,,.. 

Ezam muncul di sidang akhbar mengumukan penubuhan Barsatu, gabungan NGO bukan politik untuk mengajak rakyat(tapi berdasarkan maksudnya melayu) untuk kembali bersatu ekoran kejadian Lahad Datu. Ezam begitu bersemangat untuk pertahankan negara dari anasir luar walaupun elemen anasir luar itu turut terdapat dalam tuduhan yang dikenakan kepada Tian Chua.

Apa yang peliknya, ialah dakwaan Ezam tuduhan terhadap Tian Chua masih belum cukup, Ezam mahu kerajaan mencari akta yang lebih berat seperti akta yang boleh menggugurkan kerakyatannya. Peliknya ialah kesemua empat tuduhan terhadap Tian Chua tidak mengandungi unsur menghasut atau menghina sebaliknya, kalaupun ianya menghina, apa yang dihina oleh Tian Chua ialah UMNO dan kalau ianya merupakan tuduhan tidak bertanggungjawab, ianya hanya tuduhan terhadap UMNO bukan anggota pasukan keselamatan seperti digembar gempurkan.

Tuduhan Tian Chua terhadap UMNO adalah perkara biasa mengambil kira tuduhan yang pernah dibuat UMNO termasuk oleh Ezam terhadap PR. Kalau menghina UMNO boleh masuk mahkamah, maka sepatutnya menghina PR juga perlu masuk mahkamah, kalau menghina UMNO perlu digugurkan kerakyatan, maka menghina PR juga perlu dilucutkan kerakyatan. Itu baru adil namanya.

Ezam nampak bersemangat ketika mengajak rakyat bersatu menentang anasir luar bagi mengelakkan trajedi Lahad Datu berulang. Bersatu katanya akan berusaha kearah itu, Bersatu yang dianggotai antara lain oleh PERKASA dan beberapa NGO yang terlibat dalam demo membakar gambar Tian Chua dan melempar telur di pejabat PRK. Inikah orang orang yang diharapkan Ezam untuk menyatukan rakyat?.

Bersatu bermakna sama sama jujur dan ikhlas dalam melakukan semua perkara tanpa adanya niat jahat atau bergerak atas dasar kebenaran. Dengan prinsip ini kita akan bersatu tanpa mengira fahaman politik atau parti atau bangsa. Dalam konteks ini, rakyat sudah lama bersatu untuk maklumat Ezam yang mungkin terlepas pandang atas apa yang berlaku. Rakyat sudah bersatu di bawah BERSIH, di Bawah Hijau dan di bawah beberapa NGO lain seperti ABU dan seumpamanya.

Tidak perlu bagi Ezam menjadi hero kerana rakyat sudah lama bersatu, tinggal lagi ianya tidak diakui oleh UMNO. Pada UMNO rakyat hanya perlu bersatu untuk menyokong mereka, membiarkan mereka berbuat apa saja tanpa bantahan, itu bersatu menurut definasi UMNO. Inilah juga definasi Ezam barangkali ketika menyeru rakyat bersatu, yang bermakna bukan rakyat tetapi melayu yang perlu bersatu menentang anasir asing yang mungkin juga termasuk kalangan bangsa lain yang membantah tindakan kerajaan UMNO seperti Tian Chua, sebab itu Tian Chua mesti digugurkan kerakyatannya. Tetapi bagaimana pula militia Sulu yang dilapurkan ada IC? Bagaimana bangsa Indon, bangla, Pakistan, India, Nepal dll. yang turut ada IC? Apakah mereka ini bukan anasir asing?

Patutlah ada khabar yang mengatakan IC pendatang Sulu sedang dihapuskan di Sabah, walaupun dinafikan oleh kerajaan setakat ini. Ezam tak perlulah desak kerakyatan Tian Chua digugurkan kalaupun ada akta yang membenarkan begitu kerana Tian Chua tidak bersendirian, malah di mahkamah ada cubaan untuk menangkap beliau sebelum kesnya disebut tetapi apa jadi dengan cubaan itu? Tak perlulah Ezam nak tunjuk hebat, bimbang bimbang sumpah keramat yang pernah angkut ke sana ke mari dulu benar benar terjadi!

1 ulasan:

  1. moyang sikotak ni mai dari mana & bila?. kalau tak silap aku, moyang tian chua sampai malaya lebih 200 thn dulu.

    BalasPadam