PETALING JAYA, 28 FEB: Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.
“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah. Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, (Tan Seri) Megat Junid dan Aziz Shamsuddin. Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.
Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.
“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.
Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.
Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.
“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya.
Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat… dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.
Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut.
“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan orang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.
Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan projek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket ’penuh satu beg plastik’.
“Bila diingat semula, sangat menyakitkan hati,” kata Siti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan