Nak boikot? Suka hati kamulah

Anak Malaysia
Selepas berakhirnya PRU yang lalu, telah ada dua isu boikot yang ditimbulkan oleh pro Umno-BN. Yang pertama ialah seruan mereka supaya memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Yang kedua pula ialah saranan memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?

Namun, bagi saya, itu adalah hak kamu untuk memboikot dan memilih. Setiap orang itu ada hak masing-masing, dan orang lain juga wajar menghormati hak itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan budaya.

Jika Umno-BN dan para penyokongnya ada hak untuk memboikot dan memilih maka rakyat juga ada hak yang sama! Rakyat juga ada hak untuk memboikot dan memilih untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu.

Jika anda mahu dihormati, sila lah belajar untuk menghormati hak orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan