"Feng shui" RAHMAN dan NAJIB

benzaini
PRU-13 telah berlalu. Yg menang terasa kalah. Yg kalah pula seakan2 menang. Mari kita relax sejenak. Tengok "feng shui" yg ada pada nama dan perkataan. Yanag pertama ialah perkataan RAHMAN dan keduanya perkataan NAJIB.

Dulu, selepas merdeka, org sibuk dg perkataan "RAHMAN" , katanya sempena nama PM pertama, Tg. Abdul RAHMAN. Perkataan ini dikatakan menentukan nama2 orang yg akan menyandang jawatan Perdana Menteri (PM) menurut urutannya.

Huruf R pada RAHMAN dianggap sebagai mewakili Tg. Abdul Rahman, PM pertama Malaysia, walau pun namanya bermula dg Abdul. Kemudian, huruf A dikaitkan dg nama Tun Abdul Razak sebagai PM kedua, walau pun beliau lebih dikenali sebagai Tun Razak ( tanpa Abdul).

Pada masa beliau menjadi PM, timbul juga persoalan siapa bakal penggantinya. Tun Dr Ismail, org kanan UMNO dari Johor pernah dianggap sebagai penggantinga. Tetapi, Tun Dr Ismail telah meninggal lebih awal drpd Tun Razak. Terdapat org2 kanan UMNO yg layak dilantik sebagai Timbalan PM. Akan tetapi Tun Razak telah memilih birasnya, Dato' Hussein Onn (anak Dato' Onn Jaafar, pengasas UMNO), sebagai TPM walau pun beliau bukan kanan sangat dlm UMNO. Apabila Tun Razak meninggal dunia, Dato' Hussein telah dilantik sebagai PM. Dg itu huruf H dlm RAHMAN mendapat padanannya pada Dato' Hussein (kemudian Tun). Selepas beliau, huruf M dlm perkataan tersebut mendapat padanannya pada Dato' Sri Dr Mahathir (Tun), yg dilantik sebagai TPM oleh Dato' Hussein dan kemudian menggantinya sebagai PM.

Mahathir mempunyai ramai TPM. Pertama Dato' Musa Hitam, kemudian Encik Abdul Ghafar Baba (Tun) dan DS Anwar Ibrahim. Dato' Musa dan En. Ghafar mungkin tak jadi PM kerana huruf awal nama mereka tak sepadan dg huruf yg datang selepas huruf M dlm RAHMAN, iaitu huruf A. Tetapi bila Anwar Ibrahim jadi TPM, semua org beranggapan sekarang calon PM sudah ada. Rupa2nya nama bermula dg A sahaja tidak cukup utk mendapat padanan dg A dlm RAHMAN.

Anwar akhirnya tidak sekata dg Mahathir dan disingkirkan, malah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Pelbagai nama ditunjulkan sebagai pengganti Anwar. Akhirnya DS Abdullah Badawi telah dilantik oleh Mahathir sebagai TPM mengganti Anwar walaupun Abdullah menyebelahi Tengku Razali Hamzah dlm krisis yg melanda UMNO sebelum ini. Kemudian Abdullah telah mengganti Mahathir sebagai PM. Padanan huruf A dlm RAHMAN terdapat pada Abdullah bukan Anwar. Ini mungkin kerana dlm nama Anwar A diikuti dg N sedangkan dlm nama Abdullah, A diikuti dg B! N kemudian drpd B! Apabila DS Najib jadi TPM dan setrusnya PM, padanan huruf terakhir N pada RAHMAN telah ditemukan, walau pun nama Najib sebenarnya ialah Muhammad Najib.

Selepas Najib menjadi PM, satu "feng shui" nama baru boleh dicuba. NAJIB, itulah perkataannya. Dlm PRU-13 baru2 ini, huruf A dlm NAJIB itu hampir2 bersepadanan dg Anwar Ibrahim sebagai PM.Tetapi sekali lagi nampaknya huruf A tidak sepadan dg Anwar. PR tidak berjaya menguasai Putrajaya. Nampaknya N akan lama lagilah kekal di PM tu. Tetapi terdengar desas desus bahawa beliau mungkin dicabar dlm Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini. Siapa yg akan berbuat begitu dan menggantinya sebagai PM? Mahyuddin rasanya tidak mungkin.

Petama kerana beliau juga sama2 bertarnggungjawab di atas "kekurangan" sokongan kpd BN dlm PRU-13 baru2 ini baik sebagai TPM mau pun sebagai pimpinan tertinggi UMNO dan BN. Kedua kerana namanya tidak bermula dg huruf A tapi dg huruf M. Kalau ada sesiapa yg ingin mencabar Najib dan menggantinya sebagai PM mistilah org yg bermula namanya dg A. Melihat kpd barisan pimpinan UMNO sekarang terdapat beberapa org yg mempunyai "kelayakan" demikian. Pertama Naib Presiden dan Menteri Pertahanan, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Potensi dan bakatnya ada. Dulu dia org Anwar. Bekas Ketua Pemuda yg timbulkan "kekocohan" dlm PA UMNO dulu dan yg mungkin telah mencetuskan krisis Mahathir-Anwar.

Org lain ialah Ahmad Husni Hanzlah, ahli Majlis Tertinggi dan Menteri Kewangan kedua. Ahmad Sabri Chik juga ahli MT dan Menteri Belia dan Sukan. Yg lain2 yg mempunyai initial A rasanya tidak penting. Tetapi baik Ahmad Zahid, mau pun Ahmad Husni dan Ahmad Sabri, walau pun punyai initial A dlm nama mereka, mereka lebih dikenali dg Zahid, Husni dan Sabri. Komposisi nama2 seperti ini biasanya tidak sepadan dg huruf2 dlm "feng shui" nama ini. Lagi pula rasanya tokoh2 tersebut tidak akan melawan taukeh dg kedudukan mereka sekarang ini.

Terdapat beberapa org lagi yg mempunyai intial A dlm MT, seperti Azlan Osman (Perak), Awang Adek Hussin (Kelantan), Abdul Latif Ahmad (Johor) dan Abdul Aziz Abdul Rahim (Kedah). Tetapi kesemuanya tidak ada potensi nampaknya, walau pun initialnya lebih baik. Ketua Pemuda juga mungkin merupakan pencabar kpd Najib. Tetapi nama yg bermula dg K (Khairi) tidak ada langsung dlm perkataan NAJIB. Oleh itu tidak nampak sangatlah akan berlaku cabaran kpd Najib dlm PA UMNO akhir tahun ini dari dlm dan pencabarnya berjaya menggantinya sebagai PM. Tetapi pencabarnya mungkin dtg dari luar.

Desas desus yg mengatakan Azmin Ali akan menyertai UMNO mungkin menjadikannya pencabar yg berpotensi dg initial yg betul, A. Tetapi melihat "persaingan" di antara Anwar dg Abdullah Badawi, Azmin mungkin tidak berjaya ke jawatan PM kerana Anya diikuti dg Z, yg begitu jauh dri segu susunan abjad. Tinggal lagi mungkin kalau ada org penting dlm parti dan kerajaan yg bersedia utk menukarkan nama kepada nama yg mempunyai initial A yg bagus dan kuat. Atau mungkin, kerana sesuatu sebab yg Allah (s.t) sahaja yg tahu, kerajaan BN jatuh dan DS Najib tidak lagi menjadi PM, diganti oleh kerajaan PR pimpinan Anwar, maka ketika itu Anwar menjadi PM dan sekali gus menepati padanan huruf A pada awal nama Anwar dan dlm NAJIB.

Atau tuah Anwar masih belum menjelma, walau pun untuk kali ketiga. Seorang kawan mengusulkan nama DS Haji Abdul Hadi Awang sebagai bakal PM selepas kejatuhan BN dan Najib. Logok juga namanya bermula dg A dan kedudukannya lebih baik drpd Anwar. AB bagi Haji Abdul Hadi dan AN bagi Anwar. Tetapi DS Haji Abdul Hadi lebih dikenali dg [panggilan Haji Hadi, initialnya H. Walau bagaimana pun semuanya terserah kpd Allah (s.t) yg maha kuasa. Dia yg memberi kuasa kpd sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah juga mengambil kuasa dari sesiapa yang dikehendakiNya.
Sekadar "merehatkan" minda dan ingin tersenyum sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan