Jantung saya bergetar mendengar Husam di Putrajaya ...

Haji Muzamir Haji Haron
(Husam bersalam dengan penduduk Putrajaya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)
Nama saya Muzamir seorang ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno Bahagian Setiawangsa.

Saya bekerja sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.

Pada tahun 2010 syarikat majikan saya menghadapi kesulitan di dalam satu projek di Kelantan di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.

Kelulusan pertama telah diberikan kepada syarikat majikan saya dan kelulusan kepada syarikat lain tersebut dikeluarkan sebulan selepas itu.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana peranan YB Husam Musa (Calon PAS untuk Parlimen Putrajaya) di dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cekap, adil dan tanpa “memilih bulu”.

Apabila saya menemuinya di pejabat (tanpa sebarang temujanji !!), beliau meneliti surat saya dan mendengar penjelasan saya. Setelah bertanya beberapa soalan pokok dan tanpa bertanya latarbelakang politik majikan saya, beliau berjanji akan menyiasat permasalahan ini dan akan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. (Majikan saya adalah seorang ahli UMNO yang berjawatan Bendahari UMNO Bahagian).

Selepas dua minggu, saya mendapat panggilan telefon secara terus dari YB Husam yang menyatakan permasalahan tersebut telah diselesaikan dan meminta saya menghubungi Jabatan yang berkenaan di Kota Bharu.

Alhamdulillah syarikat saya mendapat semula konsesi tersebut dan syarikat yang lagi satu akan diberikan konsesi lain.

Kecekapan, ketegasan dan keadilan YB Husam amatlah terpuji. Saya datang berjumpa beliau tanpa temujanji. Beliau tidak mengenali saya tetapi saya telah dilayan dengan baik dan tiada “bayaran” dikenakan.

Apabila saya mendapat berita yang YB Husam akan bertanding di Parlimen Putrajaya, jantung saya bergetar. Suatu tindakan berani dan berwasasan. Manusia yang begini memang layak menjadi pemimpin.

Sekiranya saya boleh menukar kawasan mengundi sekarang, saya akan memilih Putrajaya dan memberi undi saya untuk YB Husam. Bukan untuk membalas budi tetapi memang selayaknya YB Husam mewakili penduduk Putrajaya dan menjadi barisan pemimpin Negara.

Doa saya agar YB Husam dipilih oleh warga Putrajaya dan Pakatan Harapan Rakyat Berjaya membentuk Kerajaan baru yang bersih.

Yang benar

HAJI MUZAMIR HAJI HARON
660126-08-6297
Tel : 019-278 8330 

2 ulasan:

  1. apakah janji dan harapan yg palsu yg sama diSalor akan berulang di Putrajaya?oh tidak........it's a bird it's a plane oh no it's just janji janji yg kusam dan dah lapok only.

    BalasPadam
  2. banyak sungguh jasa dan bakti Husam diSalor untuk disalorkan kePutrajaya?

    BalasPadam