Sampai hari ini Najib masih tidak selesa walaupun menang dalam PRU13 05Mei lepas. Tempias daripada roadshow Black505 bukan semakin reda , malah terus kencang.
Dalam keadaan sebegini , Najib nampak semacam ‘agak’ terselamat dari dikutuk secara besar – besaran semenjak dua minggu lepas
.Sasaran kutukan banyak ditujukan kepada Pengerusi SPR , ekoran keberanian dia menipu dalam semua urusan pilihanraya yang dikendalikan oleh nya.
Dalam roadshow Black505 , kesalahan diletakkan hampir 100% ke atas bahu SPR. Sehingga itu , Pengerusi SPR masih berjaya mengunci mulut setakat 21hb Mei 2013 sahaja , iaitu bagi tempoh 16 hari. Dasar tutup mulut ini dibuat atas arahan najib dan Mahathir , macam lembu kenyang lah.
Cuma , bilamana YB Rafizi makin menyerlah dalam tindakannya , selain menganjurkan Black505 , ia juga turut mengetuai Jawatan Kuasa mengumpul penipuan bagi pihak parti PKR , dan sedikit masa lagi ia akan mengepalai satu ‘exercise’ besar – besaran seluruh Negara , membuat laporan polis berkaitan dakwat kekal yang tidak kekal oleh seramai mungkin pengundi.
Hanya semalam dalam roadshow Black505 di Pulau Pinang , dalam siri taklimat kepada media dan umum , disebut olehnya cadangan membuat laporan polis secara besar – besaran seluruh Negara , maka terpaksa dan terpanggil oleh Pengerusi SPR yang paling hina dikutuk 1Malaysia untuk menubuhkan JAWATANKUASA KHAS MENELITI DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL
Nota
Kalau ada sesiapa dari pengunjung TKO ini yang ada idea – idea yang bernas dan bergeliga , boleh lah sumbangkan cadangan – cadangan untuk membolehkan Penegrusi SPR yang paling handsome dan manis ini , terus menipu.
Ini kerana dia sudah kehilangan tata bahasa , nahu dan perkataan untuk terus menipu. Sepanjang proses pilihanraya baru – baru ini , dan sebelum daripada itu , dia sudah menipu selama 24 jam sehari
Tolong bantu dia dengan memberikan fatwa – fatwa yang baik – baik , guna untuk dia terus menipu , terutamanya untuk mengolah semua hasil siasatan jawatankuasa khas dakwat kekal yang tidak kekal ini
Ini sangat penting bagi melayakkan dia terus diberikan peluang oleh najib , bagi menjawat jawatan Pengerusi SPR untuk sekurang – kurangnya sehingga PRU14 nanti
Dia seboleh mungkin berusaha untuk mengelak daripada menerima nasib malang seperti yang dihadapi oleh pimpinan umno Selangor , yang mana diketepikan langsungg dari sebarang jawatan kabinet , ekoran prestasi terburuk iaitu gagal menawan Selangor , malah keputusan yang lebih teruk berbanding PRU12.
Syarat – Syarat
Untuk memenuhi kehendak SPR , maka syarat – syarat berikut terpaksa dibuat , iaitu ;-
1. Idea dan cadangan tersebut mesti lah dapat menjadikan rakyat Malaysia , yakin dan percaya dakwat itu ada lah sebenarnya kekal , khususnya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
2. Idea dan cadangan tersebut mesti lah dapat dibuktikan , dakwat yang dikatakan tidak kekal itu Cuma untuk 11 orang pengundi sahaja , manakala lebih dari 13.5juta lagi pengundi semuanya kekal
3. Terbuka kepada warganegara Malaysia , berumur 21 tahun ke atas
Ganjaran dan Hadiah
1. Tuan/Puan akan diberikan 10 Kad Pengenalan palsu , untuk membolehkan tuan/puan boleh mengundi sebanyak 10 kali , di beberapa pusat mengundi yang berlainan atau sama , dalam PRU14 tahun 2017 nanti
2. Tuntutan 'claim' hanya sah laku dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembuangan undi yang akan ditetapkan oleh PM Tan Sri Muhyidin Yassin , ini kerana Najib sudah disingkirkan dari jawatan Presiden UMNO
Penipu nak tubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji penipuan yang dibuat sendiri? Bangang ke apa SPR ni? Dakwat yang digunakan dah sahih tak kekal seperti mana laporan polis yang dibuat termasuk oleh dato harun din! Nak kaji apa lagi? Atau mungkin SPR ada 2 set dakwat yang mana untuk tujuan demo menangkis tuduhan rakyat dipakai yang kekal, manakala untuk tujuan mengundi diberikan yang tidak kekal? Walau apa sekalipun alasan SPR nanti, semuanya telah tidak bermakna dan SPR tetap perlu bertanggungjawab kerana telah melakukan kesalahan membekalkan secara sedar atau sengaja tak sedar dakwat yang tak kekal untuk para pengundi! Lebih salah lagi SPR telah berbohong hidup-hidup dalam media mengatakan dakwat itu kekal dan tahan 5 hari sedangkan kenyataanya tak sampai 5 minit boleh ditanggalkan dan mungkin boleh hilang dengan cara basuh berak atau korek hidung? Janganlah nak meng'Azilah hadri'kan(kambing hitamkan) pihak pembekal dakwat atau pengundi pulak dalam isu dakwat tak kekal yang dibohongkan kepada rakyat sebagai kekal!
BalasPadam