Nasrudin Hassan
Berita terbaru: 9 pm waktu Mesir (3 am waktu Malaysia)
1) Jeneral Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.
2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.
3) Akhbar Chan...ell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.
4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.
5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.
5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.
Sumber: Jurucakap Tentera."
Ini antara contoh sebaran yang diterima oleh saya yang menyandarkan sumber kepada Jurucakap Tentera.
Beberapa persoalan dan penjelasan dari saya:
- Setahu saya, Majlis Tentera menafikan apa yang disebut pada item (1) iaitu usaha berunding dengan Mursi.
- Akhbar "Channel 2"? Channel apa yang dimaksudkan?
- Angka 3 juta sedang berarak menuju Kaherah? Juga kesamaran? Berarak dari mana? Sedangkan bukan sumber tentera yang melaporkan angka ini tetapi jurucakap Ikhwan Muslimin memaklumkan selepas ucapan Mursyidul Am Ikhwan semalam di dataran Raba'ah bahawa angka rakyat yang berada di dataran Raba'ah melebihi 4 juta sementara di dataran Nahdhah, Giza pula menjangkau 3 juta.
- Tidak benar bahawa kereta kebal milik tentera menurunkan potret As-Sisi.
- Benar dilaporkan terdapat pertemuan antara As-Sisi, Mohammed Baradei dengan Duta Amerika tetapi tidak dimaklumkan isi pertemuan.
- Daripada 6 perkara yang disebut, saya setuju dengan perkara no. 2 bahawa askar telah berpecah dua antara yang menyokong As-Sisi dan Mursi. Adapun selain itu, banyak keraguan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan