KUALA LUMPUR: Artis veteran Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati awal pagi ini (24 Julai)
“Emak saya tiada sebarang penyakit dan masih aktif. Kami kejutkannya untuk bangun sahur pada jam 4.30 pagi tadi dan dapati beliau sudah meninggal dunia ketika tidur,” kata anaknya, Noorkumalasari, 57 kepada Bernama.
“Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas dan kami berbual seperti biasa,” katanya lagi.
Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Hulu Klang sebelum solat Zohor.
Umi Kalhum meninggakan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit dari perkahwinanya dengan Allahyarham Roomai Noor.
Nama sebenar beliau ialah Patimah Bahudin dan dia telah berrlakon dalam 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan