Syed Abdullah Syed Osman
Jangan terlalu awal kita bertepuk tangan apabila ratusan peluru barpandu Amerika Syarikat dan barat akan dilancarkan ke arah askar Presiden al-Assad. Hal ini kerana kita tidak tahu apa muslihat yang tersirat di sebalik 'Superman' hendak menyelamatkan rakyat Syria daripada kekejaman Presidennya itu.
Di atas kertas memang nampak cantik dan membantu tetapi sedarkah kita setiap kali Amerika Syarikat yang didalangi oleh rejim Yahudi itu melakukan sesuatu pasti akan menimpakan mala petaka kepada negara yang hendak diselamatkan itu.
Afghanistan, Iraq dan begitu juga Libya - pada mulanya rakyat negara-negara berkenaan begitu teruja dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Amerika Syarikat yang kononnya telah 'memerdekakan' mereka tetapi setelah beberapa tahun sahaja barulah rakyat negara berkenaan sedar bahawa mereka telah masuk kedalam perangkap permainan yang cukup licik dan terancang untuk memeras ugut dan menjajah secara tidak langsung negara tersebut. Pada masa yang sama negara yang telah dijajahkan itu akan dihuruharakan dengan masalah dalaman saperti perang saudara yang tidak berkesudahan itu.
Lihat semula sejarah bagaimana Amerika Syarikat memperalatkan Presiden Saddam Hussein. Iraq telah dibekalkan dengan senjata canggih termasuk senjata kimia untuk menyerang Iran dalam peperangan dari tahun 1980 hingga 1988 yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa kedua-dua belah pihak yang akhirnya peperangan itu dihentikan begitu sahaja apabila tentera Iraq gagal dalam misinya menawan Iran dibawah pimpinan Ayotollah Khomeni. Akhirnya Saddam Hussein itu sendiri menjadi mangsa percaturan dan perancangan jahat Amerika Syarikat.
Begitu juga huru-hara yang berlaku di Mesir ketika ini yang dipercayai bahawa dalang di belakang rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir itu sendiri adalah Amerika Syarikat dan Israel.
Soalannya adakah benar askar Syria menggunakan senjata gas kimia keatas penduduk Syria ataupun sebaliknya tentera rejim Yahudi yang melakukannya tetapi menuduh tentera Syria pula. Walauapapun sepatutnya diserahkan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya tentera Amerika yang cuba memandai-mandai menceroboh negara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan