Malaysia Chronicle
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik pembangkang menyuarakan kemarahan atas kekasaran Menteri Pelancongan dengan kenyataan "Saya bunuh kamu " kepada sekolah jenis Cina Chin Woo, dan mereka menegaskan bahawa ini merupakan satu lagi contoh budaya parti pemerintah Umno yang sering mengugut kumpulan minoriti di negara ini.
"Tidak sesuai bagi seorang Menteri Kabinet dan ahli politik senior untuk menggunakan kata-kata seperti itu dalam apa jua konteks," kata Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya kepada Malaysia Chronicle.
"Menteri itu perlu mengambil kira apa yang terbaik kepada sekolah dan pelajar-pelajarnya. Ini bukan soal ego dan maruah. Komen seperti ini tidak patut dikeluarkan. Ia adalah kata-kata orang yang sombong, mengancam dan mencerminkan imej buruk kerajaan BN," Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.
Pada sidang akhbar hari Selasa, Nazri dengan lantang memberi amaran kepada SJK (C ) Chin Woo yang terletak di Pudu untuk tidak membuat tuntutan ke atas ‘tanah kerajaan’, ‘ tanah saya’.
" Jika kamu lawan saya, saya akan lawan balik , saya akan bunuh kamu. Saya ambil balik tanah itu, jangan cabar saya. Itu tanah kerajaan , ia tanah saya.Tidak ada undang-undang di dunia yang akan berikan tanah itu pada kamu, kamu dah curi tanah saya selama 30 tahun dan mengaku ia milik kamu. Saya bawa kamu ke mahkamah," kata Nazri yang keras kepala.
"Tetapi jika kamu bersedia untuk mengaku bahawa kamu telah buat silap dan meminta untuk menggunakannya dan memajakkan tanah, okay , kita boleh duduk dan berbincang. Tak ada masalah. Nampak? Saya boleh diajak berbincang. saya akan kata, ' tulislah kepada saya ', cakaplah, ' Ya, tak ada masalah'. Saya seorang yang bermunasabah. Jangan lawan saya kerana itu tanah saya, saya akan tendang kamu keluar."
‘Itu tanah saya, saya akan tendang kamu keluar'
Perebutan tanah dengan Chin Woo berlaku setelah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang untuk mendapatkan 15,000 kaki persegi tanah yang dimiliki oleh sekolah rendah Cina yang berusia 84 tahun itu untuk membina bangunan Warisan Kota dan projek restoran.
Tetapi, sekolah yang telah membina sebuah gelanggang bola keranjang di tapak itu 30 tahun yang lalu, membantah. Ini mencetuskan perang mulut berserta ugutan antara kementerian dan pegawai sekolah.
Walau bagaimanapun, menurut pengerusi lembaga sekolah Chin Woo, Tin Oo Fuan , satu penyelesaian telah dicapai dengan kerajaan yang menawarkan untuk memajak tanah itu kepada pihak sekolah selama 20 tahun dengan nilai RM1, 000 seekar. Sekolah dibenarkan untuk merunding semula perjanjian itu selepas 15 tahun.
Oo memberitahu bahawa dia telah dimaklumkan bahawa projek Kota Warisan telah dialih ke tapak lain di Wangsa Maju dan mesyuarat telah diadakan hanya beberapa hari yang lalu di antara beberapa wakil lembaga sekolah dan wakil kerajaan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Ini adalah tawaran yang terbaik. Tanah kami akan selamat , jadi mengapa tidak mahu menerimanya? Ini akan menjadi hadiah yang terbaik untuk masyarakat Cina ," kata Oo .
Mengapa Chin Woo perlu "meminta maaf"?
Jika Oo bercakap benar, maka kritikan yang dilemparkan terhadap Nazri kerana cuba membuli sekolah Cina adalah wajar.
"Nazri mesti menjelaskan mengapa dia perlu melemparkan kata-kata kesat terhadap Chin Woo . Apakah motifnya? Budaya jenis apakah ini? Kenapa dia sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab tidak tahu bahawa projek Kota Warisan telah dialihkan? Jika ya, mengapa dia menuntut permohonan maaf atau adakah bagi Nazri, tanpa meminta maaf , dia akan menyekat pajakan tanah kepada Chin Woo, " marah seorang aktivis sekolah Cina, yang tidak mahu namanya disiarkan.
"Jangan mempolitikkan apa itu pertikaian atas pemilikan tanah. Kami tidak kisah jika Nazri ingin menjadi jaguh bagi orang Melayu tetapi jangan buli orang Cina atau pijak kaum lain semata-mata mahu naik dalam parti."
Beliau merujuk kepada berita dimana Nazri mahu permohonan maaf daripada Chin Woo.
"Marilah berjumpa dengan saya , katakan 'Saya minta maaf , saya telah berikan tanah kepada kamu selama 30 tahun dan biarkan kamu meletak kereta disana' - selepas itu, saya pajakkan tanah kepada kamu untuk 20 tahun lagi. Tiada masalah.
"Kami bersedia untuk berunding , saya bukanlah seorang yang tidak berhati perut, " kata Nazri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan