Suami belasah isteri selepas diminta menyerahkan sperma untuk ujian kemandulan

GEOGRETOWN: Seorang lelaki mengamuk dan bertindak membelasah isterinya selepas diminta menyerahkan sperma untuk ujian kemandulan ketika mereka bertemu di kawasan letak kereta Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang juga seorang anggota tentera 'naik hantu' dan membelasah isterinya hingga mangsa cedera di hidung, mata kiri dan juga seluruh badan.
Menurut sumber, pasangan terbabit dalam proses bercerai dan wanita berusia 35 tahun itu mendakwa suaminya mandul sebelum meminta lelaki berusia 42 tahun terbabit menjalani ujian kemandulan.

"Mereka kemudian berjanji untuk bertemu sebelum mereka berjumpa di kawasan parkir hospital terbabit.

"Bagaimanapun, ketika kedua-duanya bertemu berlaku perselisihan faham sebelum lelaki terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan bertindak membelasah isterinya," katanya.

Menurutnya, mangsa tidak berpuas hati kerana mendakwa suaminya itu mandul dan meminta dia menjalani ujian dengan menyerahkan sperma untuk diperiksa kepada hospital.

"Difahamkan, wanita terbabit meminta suaminya menjalani ujian itu dan jika didapati mandul ia dapat dijadikan alasan dan menguatkan lagi proses perceraian mereka," katanya.
-hmetro-

GEORGE TOWN: Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun tersebut bertemu dengan isterinya yang berumur 35 tahun di situ sebelum mereka berselisih faham sehingga bertengkar.

Si isteri merupakan warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Sumber memberitahu, dalam pertengkaran itu, si suami yang berpangkat sarjan dan bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

"Ekoran itu mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul. Wanita tersebut yang tidak berpuas hati kemudian bertindak menendang pintu kereta suaminya hingga lelaki berkenaan naik angin dan mengugut mahu membunuhnya.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan