Ibu bakar anak selepas bergaduh

Beijing: Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya.
“Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya.

“Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya.

Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi.

“Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya. 
-Agensi/hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan