laniismaa
Foto mayat anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang tersebar di media sosial yang dikatakan mati dibunuh dan bukannya mati disebabkan lemas seperti didakwa.
Anggota keluarga tidak berpuas hati apabila dilaporkan anak mereka, Asruf dan berasal dari Tenom, Sabah mati lemas ketika menjalani latihan.
Namun begitu melihat kepada foto berkenaan, ramai yang mempertikaikan kesahihan “mati lemas” seperti didakwa kerana jelas kelihatan mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.
Oleh itu ihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.
Sekiranya memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai atau mereka yang terlibat dalam kejadian itu harus diambil tindakan.
Sesuatu perlu dilakukan untuk nama baik pihak TLDM sendiri atau demi keadilan kepada Asruf dan keluarganya.
-tranungkite-
TLDM NI MEMANG KASAR.IPAR SAYA DITAMPAR DITELINGA SEMASA DALAM PENGAMBILAN TLDM.MASA DI KOTA KINABALU.PEGAWAI DARI SEMENANJUNG YANG DATANG MASA ITU
BalasPadamini kes biasa2 aje bg polis & tentera. keutamaan jaga nama busuk pasukn tlbh dahulu, keadiln jgn arap la.
BalasPadam