PENGARAH filem terkenal, Syamsul Yusof bakal bernikah dengan pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana bulan depan.
Perkara itu disahkan ibunya sendiri, Datin Patimah Ismail seperti yang dipetik Mstar Online.
Menurut Patimah, majlis pernikahan bulan depan itu atas permintaan Syamsul sendiri.
"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas (semalam) dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya.
Kata ibunya, Syamsul menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu.
Syamsul memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di Tanah Suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.
"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
"Sekembalinya dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.
Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan