HARAKAHDAILY
LUBNAN: Warga Palestin di kem pelarian Ain Al-Hilweh di Lubnan menyambut gembira dengan merayakan berita kematian mantan perdana menteri Israel, Ariel Sharon .
Kegembiraan itu disambut dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai bentuk perayaan atas kematian Sharon yang dianggap sebagai dalang insiden pembunuhan Sabra-Shatilla.
Ain Al-Hilweh, yang terletak di Lubnan selatan, merupakan rumah bagi sekitar 70,000 warga Palestin.
Di kem pelarian Shatila di ibu negara Lubnan, Beirut, warga Palestin membahagi-bahagikan gula-gula selepas mendengar berita kematian tokoh yang sangat mereka tidak suka itu.
Sharon, yang dikenali oleh majoriti orang Palestin sebagai " Tukang Sembelih ", mati pada usia 85 tahun .
Dia mati di Sheba Medical Center di dekat Tel Aviv , setelah selama lapan tahun dalam keadaan koma sejak 2006 , setelah terkena stroke .
Sharon memimpin Israel dalam perang dengan Lebanon pada tahun 1982 dan bertanggungjawab atas pembunuhan ratusan warga Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di luar Beirut , setelah pasukannya membenarkan militia Lebanon masuk ke dalam kem tersebut .
Di Gaza, beberapa warga Palestin juga membahagi-bahagikan gula-gula kepada orang ramai sementara beberapa warga lain memijak-mijak foto Sharon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan