Apa muslihat Anwar di sebalik Pilihanraya Kecil Dun Kajang?

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon di DUN Kajang umumnya mendapat perhatian rakyat dan seperti diperkatakan, beliau dikatakan bakal menjadi MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘jalan keluar’ konflik melibatkan MB Selangor itu dengan Azmin Ali.

Walaupun pelbagai kritikan dilempar terhadap tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tindakan itu pantas disokong beberapa pemimpin PKR termasuk Rafizi Ramli. Beliau antara lain menyatakan pemilihan Ketua Pembangkang sebagai calon di DUN Kajang bertujuan memberi ruang kepada PR untuk merintis jalan ke PUTRAJAYA. Sementara Azmin Ali pula menyifatkan tindakan menamakan Datuk Seri Anwar sebagai calon di DUN Kajang merupakan “tactical move” untuk memperkukuh PKR di Selangor.

Alasan lebih menarik, mereka turut mengaitkan PM dalam percaturan tersebut dengan mendakwa PM sedang berhadapan pemberontakan dalaman parti dan jika tidak dibendung situasi tersebut mampu menjejaskan kedudukan PKR di Selangor sekiranya PM dijatuhkan kelak.

Jelas alasan-alasan ini lebih kepada ‘umpan’ memancing hati ahli-ahli PKR serta penyokong mereka yang ketika ini sedang bingung dengan keputusan diambil pucuk pimpinan parti bagi menyelesaikan kemelut melanda Tan Sri Khalid-Azmin Ali.

Dari segi luaran, Datuk Seri Anwar bertanding di DUN Kajang sebenarnya bertujuan untuk “check & balance” pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang sering berdepan kritikan ahli PKR sendiri sehingga AMK Negeri Selangor menyerahkan memorandum bantahan bagi mendapatkan penjelasan MB berhubung beberapa tindakan dimbil seperti isu air, isu Langat 2, kenaikan cukai taksiran, rampasan kitab bible dan sebagainya.

Pun begitu, ramai tidak menyedari konflik yang gagal menemui jalan keluar itu juga berkait rapat dengan kantung perbelanjaan PKR sendiri..Keengganan Tan Sri Khalid menggunakan dana kerajaan negeri untuk membiayai aktiviti parti menimbulkan kemarahan Azmin selaku Pengerusi PKR Negeri sekaligus merencatkan usaha beliau membina pengaruh politiknya..Lantas perkara ini dipanjangkan kepada Anwar hingga pemimpin anugerah Tuhan itu terpaksa mencatur strategi menggunakan ‘jalan belakang’ ekoran kedegilan Tan Sri Khalid berkrompomi hatta dengan Datuk Seri Anwar sekalipun.

Manakala dari segi politik, tindakan Anwar juga dilihat platform terbaik untuk beliau terlibat secara langsung dengan urusan kerajaan negeri mencakupi kewangan yang menjadi punca konflik melibatkan MB Selangor dengan Pengerusi PKR Negeri tersebut.

Beliau dijangka akan berperanan untuk “protect” Tan Sri Khalid Ibrahim dari gangguan pihak-pihak tertentu dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri juga untuk menjadi pelindung kepada Azmin Ali dari tekanan penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu marah kepadanya disebabkan beliau acapkali mengganggu tugas MB Selangor itu.

Sekiranya Datuk Seri Anwar benar-benar berhasrat menamatkan konflik Tan Sri Khalid-Azmin dengan memilih untuk menjadi MB, maka tindakannya itu adalah “last resort” bagi beliau kerana apa yang penting dan lebih besar impak kepada “rating” politik beliau ketika ini adalah “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional. Pelan perdamaian ini sekiranya berhasil membolehkan Datuk Seri Anwar meraih “political mileage” kerana akan dianggap pemimpin berjiwa besar dan “hero” di mata rakyat.

Tawaran pelan tersebut yang dikemukakan Anwar kepada PM ketika menyampaikan perutusan khasnya kepada rakyat pada 26 Jan lalu akhirnya disambut baik Dato’ Seri Najib. Beliau selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah Kabinet pada Rabu lepas menyatakan Kabinet bersetuju dengan tawaran berkenaan namun diiringi beberapa syarat.

Keputusan kerajaan menerima tawaran Datuk Seri Anwar itu menyebabkannya tersenyum lebar dan mampu menarik nafas lega kerana pelbagai isu terutama isu Kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam dijangka reda. Perlu diingat kerajaan P. Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng kini diasak hebat dengan isu tersebut.

Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan bagi memberi Lim Guan Eng ruang bernafas. Begitu juga pihak Gereja yang sedang berhadapan kemarahan umat Islam khususnya di P. Pinang dan Selangor ekoran kenyataan Paderi Lawrence Andrew memutuskan untuk tetap menggunakan kalimah Allah di gereja di Selangor.

Dalam konteks Datuk Seri Anwar bakal menjadi MB pula, beliau umumnya sedia maklum laluannya penuh liku kerana perlu berdepan rakan PR lain terutama PAS yang memiliki lebihan kerusi berbanding PKR. Malah PAS Negeri berkira-kira menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Samad untuk dilantik sebagai MB Selangor sekiranya Tan Sri Khalid meletak jawatan.

Pengalaman krisis di Perak pada 2009 turut menghantui Datuk Seri Anwar kerana proses memilih MB tidak begitu mudah apatah lagi bakal melibatkan campur tangan pihak Istana. Tambahan pula Datuk Seri Anwar sedar Tan Sri Khalid punyai hubungan baik dengan pihak Istana malah Sultan Selangor sendiri senang dengan kepimpinan Tan Sri Khalid termasuk dalam isu tindakan merampas Kitab Bible oleh JAIS baru-baru ini.

Walaupun demikian, setelah pelbagai drama ditonjolkan, akhirnya ditaksir Tan Sri Khalid akan terus kekal sebagai MB Selangor sementara Anwar pula diberi ruang lebih luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri berbanding sebelum ini di mana peranan beliau hanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri bernilai RM1 sahaja. Tindakan Tan Sri Khalid mengumumkan nama Anwar sebagai calon PKR di DUN Kajang adalah “hint” bahawa beliau akan kekal sebagai MB.

Sekiranya benar Datuk Seri Anwar berhasrat menjadi MB Selangor, sebahagian besar masanya akan lebih bertumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri dan ini sesuatu yang asing baginya memandangkan beliau kerap terbang ke sana ke mari khususnya ke luar negara sekaligus membataskan usaha memburukkan kerajaan di sana dan juga mendapatkan dana untuk agenda politiknya di sini malah aktiviti sosialnya turut terbantut.

Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui sebelum Anwar campur tangan untuk menyelesaikan konflik tersebut, beliau terlebih dahulu menyemak rekod-rekod kesemua Adun PKR dan secara kebetulan mendapati bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh bakal berhadapan tindakan undang-undang tidak lama lagi (kesalahan di bawah Akta Pilihanraya). Maka pada Anwar, “it’s about time!” dan menggunakan kesempatan yang ada untuk bertindak! Justeru, Lee Chin Cheh diminta melepaskan jawatannya sebagai Adun berkuatkuasa serta merta. Beliau tidak mahu sekiranya Lee Chin Cheh dijatuhi hukuman, kerusi DUN Kajang akan dieksploitasi BN sepenuhnya malah cengkaman PKR di Selangor akan terungkai apabila rakan PR terutama PAS memberi tekanan kepada PKR sendiri.

Sesuatu yg menarik untuk dikongsi adalah kerakusan dan ketamakan Anwar terdedah setelah bertindak menjadi calon bertanding di DUN Kajang..Selangor diketahui lubuk wang bagi mana-mana parti yang memerintah…justeru Anwar perlu berada dalam kerajaan negeri untuk memastikan dana kepada beliau dan PKR tidak putus.

Berbalik faktor beliau ingin bertanding di DUN Kajang, antara lain ianya disebabkan Anwar punyai maklumat tentang cadangan kerajaan untuk membeli SYABAS dengan nilai sekitar RM6 bilion..Perkembangan ini menarik minat Anwar untuk turut sama memperolehi hasil yang lumayan sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan nanti.

Oleh itu, segala sandiwara berkaitan peletakan jawatan Lee Chin Cheh, pemilihan Anwar sebagai calon DUN Kajang, serta tawaran “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional kepada Dato’ Seri Najib hanyalah sekadar strategi seorang pemimpin licik untuk melarikan dari dari pelbagai isu yang dihadapinya – kes perbicaraan mahkamah berkaitan samannya kpd Dato Nalla, isu anaknya Nurul Izzah dan isu berkaitan penggunaan Kalimah Allah yang semakin membarah di kalangan umat Islam dewasa ini.

Tidak terkecuali adalah faktor kekayaan kerajaan negeri yang membuatkan Anwar bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik berkenaan dengan cara bertanding sebagai ADUN Kajang. Lagipun Anwar sedar tajaan kepadanya semakin berkurangan setelah janji beliau untuk menawan PUTRAJAYA pada Pilihanraya Umum Ke13 lalu gagal.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan