Keputusan awal daripada pengundi Cina?

SELENA TAY
PENULIS telah membuat tinjauan pengundi di Kajang yang hanya melibatkan masyarakat Cina. Walaupun penulis telah mewawancara kira-kira 35 orang pengundi Cina sahaja, mereka telah memberitahu penulis ini bahawa mereka dan semua saudara-mara serta rakanrakan mereka akan mengundi Pakatan Rakyat.

Di Kajang ada kira-kira 49% pengundi Melayu, 40% pengundi Cina dan 10% pengundi India daripada jumlah kira-kira 39,000 pengundi.

Semua 35 pengundi Cina tersebut dengan pantas telah memberitahu penulis ini tidak kira calon BN daripada parti komponen yang mana, calon itu tetap akan ditolak juga.

Selain itu, mereka juga menyatakan rasa hairan mengapa hingga hari ini BN masih belum dapat mengumumkan nama calon.

Mengulas mengenai situasi ini, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS telah berkata, “Adakah BN memerlukan begitu banyak masa untuk mencari seorang calon yang berwibawa?” Ditanya mengapa pengundi Cina menolak calon BN, seorang pemuda Cina yang berumur 25 tahun menjawab, “Jika kita mengundi BN, harga barang akan terus naik lagi tak henti-henti sebab kerajaan akan fikir bahawa kita sebagai rakyat amat suka hati apabila harga barang naik apabila kita memberi undi kepada BN. Justeru ini bererti kita telah memberi mesej yang salah kepada BN apabila kita mengundi calon mereka.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan