Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi dan meminum darahnya

New Delhi: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi sebelum meminum darahnya.

Kejadian berlaku dua tahun lalu di perkampungan Kalakuri di Bankura, Bengal Barat, lapor media. Lakshmi Kanta Sarkar ditemui di tempat pemujaan dekat kawasan kubur sedang meminum darah dari kepala bayi yang terputus yang digantung di dahan pokok oleh sekumpulan penduduk kampung.

Penduduk kemudian membelasahnya hingga parah dan polis terpaksa campur tangan sebelum dia ditangkap, lapor The Times of India. Sarkar dijatuhkan hukuman mati selepas 17 saksi memberi keterangan terhadapnya di mahkamah daerah Sulagna Dastidar di Bankura.

Walaupun kanibalisme dan pengorbanan darah atas nama ilmu hitam jarang berlaku di India, tetapi terdapat kes sama yang dikesan sejak beberapa tahun lalu. - AFP/hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan