Sweden: Peluang pasangan bebas tipis

SHAH ALAM: Nasib pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal ditahan reman di Sweden untuk dilepaskan tanpa didapati bersalah adalah sangat tipis, lapor Astro Awani.

Perkara itu dinyatakan Ketua Hakim dan peguam yang mengendalikan kes itu.

“Mengikut perbincangan saya bersama Ketua Hakim dan peguam di sana, setiap tahun 10,000 kes sebegini berlaku dan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya kembali kepada anak-anak mereka” kata Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee.

Menurut Zan lagi, undang-undang di Sweden memberikan hak yang sangat tinggi kepada setiap kanak-kanak.

“Kerajaan di sana merasakan mereka mempunyai hak lebih daripada ibu bapa itu sendiri” katanya.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman.

Keempat-empat anak pasangan ini sudah dibawa pulang ke Malaysia, Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan