Mohd Sayuti Omar
Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam malam tadi membetulkan fakta mengenai perisitiwa Memali yang berlaku 28 tahun lalu sekaligus memberi maklumat baru yang sungguh mengejutkan mengenai pengkaitan dirinya dengan kejadian tersebut. Ada orang beranggapan kecelakaan nasibnya dalam politik adalah disebabkan hukum karma ke atas pembabitan beliau dalam tragedi berdarah yang meragut 14 nyawa dan puluhan lain yang cedera itu.
Musa sebagai veteran politik diraikan.
Lebih sadis, ada juga yang mengaitkan tragedi malang yang menimpa anak dan cucunya dalam runtuhan Hightland Tower tidak lama dulu juga sebagai balasan ke atas kekejamannya menerusi peristiwa Memali.
Posisinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu menyebab secara automatik beliau dianggap sebagai orang bertanggungjawab atas kejadian berdarah itu. Untuk kesekian lama beliau dipersalahkan dan dicemuhi berhubung kejadian itu. Kalau disatukan segala maki hamun dan sumpah seranah ke atasnya mungkin sudah ribuan bakul. Mengapa tidak kejadian Memali itu merupakan tindakan politik paling sadis di negara ini.
Dan malam tadi setelah hampir 30 tahun Musa berdepan dengan tekanan mental dan psikologis disebalik kejadian itu, beliau mendedahkan kedudukan sebenarnya dengan membetulkan fakta yang terkeliru selama ini. Pendedahan itu mengejutkan khalayak dan boleh mengundang polemik baru.
Menurut Musa, kejadian itu bukan tanggungjawabnya secara bersendirian, sebaliknya ia adalah tanggung jawab bersama. "Saya akui kejadian itu adalah dibawah tanggungjawab saya sebagai Menteri Dalam Negeri, saya tidak mengatakan tidak," katanya dalam nada agak kekok untuk menjelaskan kronologi kejadian itu di hadapan kira-kira 300 orang hadirin. Tetapi ujarnya dalam keadaan yang serba salah, adalah tidak betul apabila bertindak bertindak bersendirian.
Apa yang didedahkan mengenai isu Memali ialah, persepsi selama ini yang mengatakan kejadian itu berlaku sebaik sahaja perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak ada dalam negeri, itu tidak benar sama sekali. Tegasnya, "ketika kejadian itu Dr Mahathir ada dalam negeri."
"Tidak benar," kata Musa menolak fakta yang dinyatakan oleh Dr Muhammad Agus Yusuf yang bertindak menjadi moderator diskus dan ingin penjelasan mengenai maklumat dan fakta yang menjadi persepsi umum berhubung ketiadaan Dr Mahathir dalam negeri ketika kejadian itu berlaku.
Sebelum itu Dr Agus menarik perhatian Musa berhubung isu Memali, menyebut berdasar fakta dan frekod yang dikumpulnya bahawa semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak ada di dalam negara.
"Dr (Agus) harus membuat kajian mengenai hal ini, sebab Dr orang akademis. Sebenarnya masa kejadian itu Mahathir ada dalam negeri dan bukan ke negeri China seperti yang diceritakan," jelasnya. "Selepas empat hari peritsiwa itu berlaku baru Mahathir ke luar negeri," kata Musa sambil memberi tahu pemergian Mahathir itu juga sebagai tektik untuk tujuan 'melindunginya. Keadaan dewan menjadi senyap tipas ketika Musa membuat pembetulan itu dianggap satu tindakan berani dan jujur.
Mungkin sesetengah yang hadir dapat menerima penjelasan bekas TPM itu tetapi persoalanya kenapa setelah hampir 30 tahun baru beliau menyatakan duduk perkara sebenarnya?
Malam tadi, saya tidak membayanagkan maderator tergamak menimbulkan isu berkenaan kerana ia sangat personal dengan Musa dan memandangkan kesediaan bekas TPM itu untuk bertandang ke negeri Kelantan dan berada di atas pentas bersam pemimpin teretinggi PAS, Husam Musa serta majlsi disedapi oleh orang-orang yang mencemuhi dan sangsi kepadanya. Keberanian Dr Agung bertanyakan hal itu sesuatu dan kesediaan Musa menjawabnya yang boleh diberi pujian kerana ia sedikit sebanyak membantu membetulkan fakta sejarah.
Yang jelasnya persoalan dibawa Agus itu akan menjadi polemik selepas ini. Dr Mahathir khasnya tidak boleh menganggap apa yang berlaku malam tadi sebuah aksi penuh retorika politik untuk Musa membersihkan dirinya dengan isu Memali, sebalik sebuah realiti baru mengenai Memali dan pembabitannya dalam tragedi berdarah itu. Suka tidak suka Mahathir haru memberi respon kepada pendedahan Musa itu. Seoloknya Mahathir memilih pentas Pas untuk menjawab apa yang ditimbulkan Musa.
Mengenai kejadian Memali itu Musa mengakui beliau terkilan dan menyesal atas kejadian itu yang dianggap titik titik hitam dalam sejarah politiknya tetapi bukanlah penyebab beliau berihat dalam politik. "Saya akui peristwia Memali benar-bernar menekan diri saya. Saya ke Makkah dan berdoa kepada Allah atas apa yang berlaku," katanya.
Pujian khas juga perlu dipuji malam tadi kerana berani dan bersedia menjawab isu Memali walaupun topik itu terkeluar dari perbahasan sebenarnya. Perbahasan malam tadi atas tajuk, Politik Malaysia dulu dan sekarang yang juga menampilkan Husam Musa sebagai penalis.
Saya percaya pendedahan Musa berhubung itu Memali itu memuaskan hati mereka yang hadir khasnya untuk mendengar atau bertanya Musa mengenai kejadian berkenaan.
Menjadi panelis bersama Musa ialah Husam Musa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan