Pergelutan
Kekenyangan
Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.
Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.
“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.
Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.
“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.
Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.
ULAR sawa berkenaan membelit buaya sehingga mati.
“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. - AFP/hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan