Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!

TEMPAYAN RETAK
Cadillac One yang dikenali “The Beast” kenderaan rasmi Presiden Obama dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media.

Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.

Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam. Memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah.

Walaupun hebat kereta ini telah memalukan Presiden Obama semasa lawatannya ke Isreal Mac 2013 lalu bila kereta yang tangkinya di isi gas bukan diesel menyebabkan terpaksa ditunda.
Akibat kebodohan pemandunya kerana bernilai $1.5 juta dollar ini tak boleh bergerak. Obama terpaksa menggunakan kereta keduanya untuk acara lawatan di Isreal. 

Di Malaysia pula, hebat mana kereta ini, ada oksigen dan bekalan darah... tapi minyaknya masih tak mampu untuk bergerak jauh dan tak ada bekalan minyak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan