Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia

Seah Leong Peng
IPOH: Dikemaskini Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)kerana penyakit barah.

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​

"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan