Seorang lelaki berang apabila alat yang dibelinya melalui talian untuk membesarkan saiz zakarnya hanya mampu membuatnya nampak lebih besar tanpa sebarang pembesaran fizikal.
Menurut laporan Star Online, setelah membelanjakan RM450, beliau hanya menerima kanta pembesar.
Berang dengan apa yang berlaku, lelaki itu mengadu kepada MCA.
Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Michael Chong berkata lelaki dari Seri Kembangan itu, yang hanya dikenali sebagai Ong, adalah mangsa penipuan dalam talian.
"Apabila menerima bungkusan, dia terkejut apabila mendapati kanta pembesar di dalamnya," Chong dipetik sebagai berkata.
Untuk memburukkan lagi keadaan - tidak pasti sama ada ianya satu gurauan atau sebaliknya - ia datang dengan arahan ringkas yang berbunyi: "Jangan gunakan di bawah cahaya matahari".
Chong berkata Ong adalah antara beberapa mangsa yang kerugian sejumlah RM80,000 tahun ini sahaja kerana menjadi mangsa penipuan sedemikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan