(Gambar) Polis biadab bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah mencetuskan kemarahan orang ramai

Gambar anggota polis di Hajar Aswad ini mencetuskan kemarahan orang ramai.
Gambar anggota polis di Hajar Aswad ini mencetuskan kemarahan orang ramai. 
MAKKAH - ARAB SAUDI. Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz.

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial.

Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya.

Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu.

“Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu.
-sinarharian-

Seorang anggota polis bertindak dengan penuh kebiadaban apabila bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sikap biadab anggota polis itu sangat tidak boleh diterima dan dianggap tidak menghargai penghormatan yang diberi untuk bertugas di tempat suci itu.

Ini kerana dalam budaya Arab, menunjukkan kaki atau meletakkkan kaki pada seseorang atau tempat suci dianggap kebiadaban yang sangat melampau.

Putera Mishal Abdullah telah mengarahkan Ketua Polis Makkah mengambil tindakan disiplin terhadap anggota polis terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan