Pemain Jepun Kenichi Tago singkir Lee Chong Wei di separuh akhir kejuaraan Terbuka Indonesia


Yonex IFB 2013 - Quarterfinal - Kenichi Tago vs Tommy Sugiarto 02.jpg
PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia selepas tersingkir pada saingan separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam ini.

Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago, 24  tahun dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.

Lee Chong Wei
Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.

Pada final esok, Kenichi pula dijadualkan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir. 
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan