Tentu sekali umat Islam yang semangat mereka berkobar-kobar bak gunung berapi yang mendidih laharnya didalam perut gunung , mendapat suntikan semangat dengan kehebatan dan kkejayaan ISIL yang sangat mengkagum.
Perkembangan ini tentunya membakar semangat mereka untuk sama-sama berjuang dalam pasukan ISIL. Lambaian JIHAD melambai-lambai mereka.
Apabila minda dan jiwa telah dibulatkan untuk ke Syria atas nama JIHAD tiada siapa yang dapat menghalang lagi. Maka ramailah anak-anak muda dari Indonesia dan Malaysia berangkat kemedan konflik yang mereka sendiri tidak jelas.
Lihat lah di youtube bagaimana seorang remaja melayu dari utara (rasanya Kedah) telah pun berada dikawasan pertempuran. Jelas dia agak gementar dan abang2 yang lebih tua yang cuba memberinya semangat dan keyakinan.
Besar kemungkinan dia kesana tanpa pengetahuan orang tuanya. Tak tahu lah kalau dia ni pelajar yang sedang menuntut di Timur Tengah. Bayangkan seandainya dia terbunuh dalam pertempuran . Masuk syurga kah dia ?
Jawabnya belum tentu . Ianya bergantung samada dia berada dilandasan yang betul . Yakni apakah dia benar-benar bersama pasukan mujahiddin yang mahu membantu umat Islam yang dizalimi . Seandainya dia bersama dengan pasukan penjenayah yang berselindung disebalik jubah dan serban dan dihiasi lidah ketua mereka dengan beberapa potong ayat Quran yang dihafal maka dia mati sia-sia.
Kalau dia mati dimuncung senapang isreal zionist dalam mempertahankan bumi Palestin , confirm dia MATI SYAHID.
Kita perlu banyak menyelongkar , membongkar dan mendedahkan siapa sebenarnya ISIL. Perlu didedahkan dengan jelas apakah benar ISIL adalah pasukan mujahiddin atau adalah satu pasukan decoy musuh kepada penduduk sunni Syria yang sedang berjuang menentang kekuatan Bahsyar sesat.
Mari kita rentetan perkembangan pergolakan di Syria dari mula. Peringkat awal kebangkitan kita menyaksikan revolusi rakyat syria telah membuat kejutan dengan berjaya menguasai dan menawan wilayah-wilayah dan kedudukan-kedudukan strategik . Yang ada peringkat awal ini hanyalah FSA ( Free Syrian Army) dan kumpulan Al- Nusra ( kumpulan berlatarbelakang agama). ISIS tidak ada waktu ini.
Jadi bila sebenarnya muncul kumpulan ( katanya mujahiddin) ISIS ini ? Ini mengingatkan kita kembali apa yang berlaku di Afghanistan. Peringkat awal hingga lah fasa kemenangan mujahiddin melawan komunis Soviet yang sebenarnya berjuang adalah kumpulan mujahiddin yang dipimpin oleh Burhanuddin Rabbani , kumpulan Hekmatyar , Ahmad Mas'ud. Tetapi setelah kumpulan2 mujahiddin berjaya tiba2 muncul kumpulan Taliban yang dipimin oleh Osama Ben Ladin. Kumpulan inilah yang membuat situasi tunggang langgang.
Siapa Osama Ben Laden ? Tak kenal. Yang menggembar gemburkan tentang Osama ialah akhbar2 amerika. Dia dikatakan tinggal dalam persembunyian. Secara physical orang tak jumpa dia.Hanya melihat dia melalui rakaman video.
Siapakah yang menamatkan peranan dan wataknya ? Amerika . Secara physicalnya tidak siapa yang dapat melihat mayatnya kecuali tentera2 Amerika.
Tengok serban dan janggutnya (dalam video) semacam alim orangnya.Dia adalah pemimpin gerakan Islam. Ahli kumpulannya semuanya berjanggut dan pakai serban. Standard penilaian orang melayu...itu tanda orang taat pada agama. Tetapi persoalannya tergamak kah kumpulan yang katanya taat perintah agama sanggup mengebom orang2 awam yang tidak berdosa ?
Inilah samalah dengan kumpulan ISIS /ISIL . Siapa Al Baghdadi ?
kalau kita buat analisis kumpulan ISIS , kita dapati kumpulan ini melaksanakan dwi peranan.
1. memesongkan sokongan orang sunni dari menyertai kumpulan pejuang yang sebenar. Peranan yang diberikan kepada ISIS ialah menarik penyertaan sukarelawan bersama mereka. Matlamatnya ialah untuk melemahkan keanggotaan dan kekuatan kumpulan pejuang yang sebenar.
Untuk membuktikan mereka lebih hebat , maka kita dapat saksikan seolah-olah pihak syiah sengaja memberi kemenangan deni kemenangan kepada ISIS/ISIL . Demi survivalnya tentu sekali Bahsyar sanggup membiarkan sebahagian tenteranya (syiah) dibunuh oleh ISIS/ISIL. Ini sangat penting untuk meyakinkan kepada sukarelawan2 dari luar yang berjuang bersama ISIS. Sukarelawan2 ini datang ke Syria dengan satu matlamat iaitu berjuang menentang tentera syiah Bahsyar.
Sangat penting pembunuhan tentera syiah Bahsyar perlu berlaku. Ini adalah untuk mengaburi dan mengelirukan sukarelawan yang tidak tahu apa sebenarnya peranan ISIS.
2. mencemarkan imej Islam itu sendiri. Apakah tujuan mereka merakamkan perbuatan brutal mereka terhadap tahanan . Yang dibunuh secara kejam bukan saja tentera syiah malah pejuang kumpulan lain juga dibunuh secara kejam.
Tindakan brutal dan tidak berperikemanusiaan ISIS telah menyampaikan mesej yang buruk terhadap JIHADIS. Musuh Islam pasti akan mengeksploitasikan tindakan ini untuk memburuk2 ajaran Islam. Orang2 bukan akan bertambah takut dan benci kepada Islam.
Sememang ini perancangan dan kemahuan gerakan zionist dan syiah.
Ada satu perkara yang tidak dijawab dengan tuntas oleh kumpulan ini iaitu sebaik saja mereka menguasai beberapa bahagian di Iraq terutamanya di Mosul , pejuang2 kumpulan telah mula memakai pakaian berwarna hitam. Bila ditanya bukankah pakaian warna hitam ini lebih sinonim dengan kumpulan pejuang syiah ? Kata mereka dalam Islam tiada larangan dalam pemilihan warna.
Sebenarnya penukaran warna pakaian seragam oleh ISIS/ ISIL (kepada warna hitam ) adalah isyarat dan kepada Bahsyar dan Iran bahwa mereka mulai menguasai keadaan dibeberapa wilayah.
Usama b Laden (ex cia), taliban, alqaeda, isil, boko haram dan isis adalah ulahan kuasa barat mustakbirin dan kerajaan2 arab boneka pimpinan wahabi saudi. Mereka tidak sunni tidak syiah. Mereka adalah khawarij masakini. Dulu merekalah pembunuh Saidina Usman AlAffan.
BalasPadam