Menerusi foto yang tersebar itu, kelihatan Amy lebih maskulin apabila bentuk fizikalnya berubah - Foto blog hotlipscorner
KUALA LUMPUR: Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai.
Yang terbaru, nama Amylia atau lebih dikenali sebagai Amy AF 3 kembali menjadi sebutan apabila fotonya berbaju melayu dan bersongkok tersebar di laman sosial.
Lebih mengejutkan, perubahan ketara pada perwatakan serta fizikalnya yang kini semakin menyerupai lelaki berbeza sekali dengan wajahnya ketika pertama kali menyertai AF tidak lama dahulu.
Menerusi foto yang tersebar itu, kelihatan Amy lebih maskulin apabila rahangnya semakin lebar, berkumis nipis serta lengkap dengan baju melayu dan bersongkok.
Beberapa keping foto Amylia yang dikongsi oleh blog hotlipscorner dan 'penyanyi' ini kini bukan lagi 'wanita!
Daripada foto terbabit juga kita dapat melihat Amy, penyanyi yang berasal dari Sarawak itu sedang menyambut Aidilfitri bersama rakan-rakannya.
Amylia merupakan antara peserta yang menyerlah juga selain rakan-rakan seangkataannya Mawi, Marsha Milan, Reza, Amylea, Yazer, Felix, Eliza dan Kefli.
.........
Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan