Kenyataan Hamas setelah berjaya memalukan Israel


Hamas: Kenyataan kebanggaan dan kemenangan
وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}

"Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".

Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan

(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)

Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.

Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh. Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.

Wahai sekalian rakyat Palestin,

Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.

Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.

Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.

Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari kemenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut :

1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
-Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.

2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.

3. Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini. Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.

4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.

5. Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami. Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.

6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.

7. Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.

8. Kami berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunannya kepada mereka yang syahid dalam kalangan kami dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan dan ucapan kehormat buat sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-Qassam.

Kami berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami akan mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

"Katakanlah dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)

Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)

Selasa 1 Zulkaedah 1435 H
bersamaan 26 Ogos 2014 M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan