Dalam kes anjing ni saya terpaksa bersetuju Fathul Bari

Pelihara Anjing Untuk Keselamatan, Buru, Bukan Dibelai - Fathul Bari

Peserta turut diberi tutorial mengenai penjagaan anjing termasuk cara menyuci menerusi kempen I Want To Touch A Dog, Ahad.
PETALING JAYA: Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.

Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat haiwan itu ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan.

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing.

"Bagaimanapun, umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kempen 'I Want To Touch A Dog' yang diadakan di Central Park One Utama pada Ahad.

Acara yang mendapat sambutan ramai itu bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka kepada anjing.

Fathul Bari menambah, walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Want To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW.

"Saya bukan anti anjing, tapi saya cuba sampaikan perspektif syariat dalam isu ini.

"Misalnya, saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta yang memberi rawatan percuma ke atas anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera dan perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing," katanya yang juga Exco Agama Pemuda Umno.

Beliau juga mempersoalkan kenapa perlu diadakan kempen menyentuh, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal.

Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah.

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.
-mstar-

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.
“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
-sinarharian-
Jauhkan diri dari pemimpin yang mengamalkan Islam Liberal

1 ulasan:

  1. Saya setuju dengan Fathul Bari dalam perkara ini. Saya tak pernah jumpa nas2 atau hadis yang bersetuju dengan idea mendekati anjing atau lebih2 lagi menyentuh anjing. Kalau kita tak sentuh tidak bermaksud kita benci binatang itu. Lagi satu apakah manfaat kepada masyarakat islam dengan program saperti ini. Nurul Izzah, engkau jangan rosak nama PKR, rakyat bermatian hormat bapa engkau. Tapi kau lain pula.

    BalasPadam