KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar pusat latihan di Gong Badak cedera terkena letupan dalam satu kejadian di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, hari ini.
Seorang daripada pelajar tersebut cedera parah pada bahagian tangan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pelajar berkenaan Nazrin Che Mohamad, 20, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18.
Menurut sumber, maklumat awal diterima mengatakan kejadian berlaku ketika mereka sedang mengemas rumah nenek seorang daripada pelajar tersebut, iaitu Nazrin untuk disewa.
Ketika mengemas, Mohd Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiganya cedera.
Akibat letupan itu, kedua-dua tangan Mohd Khairul Shahiran hancur.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan