Kita menang lagi

Mohsin Abdullah
Hebat Joko Widodo ni. Presiden baru Indonesia. Menurut laporan media antrabangsa, beliau tetap rendah diri walaupun kini bergelar Pak Presiden. Begitu juga keluarganya. Status tidak mengubah cara hidup mereka. Anak perempuan beliau umpamanya.

Baru baru ini si anak presiden cedera di tangan lalu Kahiyang Ayu memilih untuk ke klinik kesihatan awam – bukannya ke hospital swasta bertaraf bintang. Sanggup beratur panjang bersama rakyat biasa untuk mendapatkan rawatan doktor.

Isteri Jokowi lebih senang memakai baju simple bukannya designer clothes. Iriana Jokowi juga tidak gemar beg tangan berjenama yang harganya punyalah mahal.

Iriana (kanan) bersama Kahiyang dan Kaesang dengan gaya santai.
Dalam erti kata lain Jokowi dan keluarga tidak lupa diri. Maka jelas bukan senang nak “kalahkan” Jokowi. Tapi ada benda yang beliau “tewas”. Jumlah menteri. Bab ini kita menang.

Di bawah pentadbirannya, Indonesia hanya ada 34 orang menteri.

Kita ada 35 dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menang satu je kamu kata?

Nanti sabar. Itu baru menteri. Tengok pula tuan-tuan penasihat.

Kita ada Tan Sri Rais Yatim – penasihat khas kepada kerajaan Malaysia mengenai sosio budaya.

Kita ada puan penasihat juga. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil – penasihat khas kepada perdana menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial.

Tidak lupa Tan Sri M.Kayveas. Beliau ialah penasihat khas kepada menteri pengangkutan.

Bukan itu saja.

Kita ada Datuk Seri S.Samy Vellu yang dipertanggungjawabkan sebagai duta khas kerajaan Malaysia ke India dan Selatan Asia.

Dan Tan Sri Ong Ka Ting ialah duta khas Malaysia ke China.

Sama ada penasihat khas mahu pun duta khas semua bertaraf menteri. So kira menteri lah tu brader.

Dengan itu, jarak kemenangan kita ke atas Indonesia as far as number of ministers go meningkat. Jurang perbezaan jauh maknanya.

Nak lagi? Kita boleh kira timbalan menteri. Amek kau...

Ok lah kamu boleh kata di Indoensia – 34 menteri jaga jumlah penduduk lebih 200 juta manakala Malaysia, 35 menteri jaga “hanya” 30 juta penduduk.

Itu depa punya pasal lah. Siapa suruh tak lantik ramai menteri? Tanggung sendiri dong.

Bak kata orang utara, biaq pi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan