Dato Jalaluddin Hassan Rebah Di Tanah Perkuburan

Selatanonline
Walaupun sukar mahu menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan redha dengan pemergian abang keduanya yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 pagi Isnin.
Dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang akibat serangan jantung.

"Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi Ahad.

"Sebaik sahaja mendapat khabar itu saya dan adik-beradik lain bergegas ke sana dan Alhamdulillah kami berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan beliau pergi dengan tenang dan aman,"katanyae.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Turut hadir memberikan penghormatan kepada arwah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selain ahli keluarga dan kenalan rapat.

Fuad diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.

Dato Jalaluddin Hassan menambah Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan arwah sentiasa memastikan mereka adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim.

Malah Jalaluddin turut menyifatkan Allahyarham sebagai pendengar setia sekiranya ada dikalangan mereka mempunyai sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.

"Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya malah hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah.

"Malah selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini dan kehilangannya amat meninggalkan kesan dan tiada lagi tempat saya mengadu masalah namun saya redha dengan ketentuan Allah" tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan