Mumbai: Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen.
Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.
“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian.
Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul.
Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya.
Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk.
-Agensi/hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan