Badan Penyanyi Ini Berbau Arak Yang Sangat Kuat Ketika Memukul Mangsa

Tranungkite
Kalau baca penerangan Aliff Aziz sebelum ini, dirinya kena sampuk sehingga menyebabkan dia memukul seorang pekerja hotel. Namun lain pula cerita apabila mendengar penerangan daripada mangsa iaitu seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53. Menurut Ismail, ketika kejadian berlaku, bau arak yang amat kuat boleh dihidu daripada badan Aliff Aziz. Mabuk sampai kena sampuk mungkin?

Agak menyedihkan apabila Ismail diserang tanpa sebarang sebab sehingga menyebabkan kecederaan yang agak parah. Malah doktor telah menasihatkan Ismail agar menjalani pembedahan dengan kadar segera. Anggaran kos pembedahan ialah RM10,000. Ikuti penjelasan panjang lebar Ismail mengenai apa yang terjadi:-

Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat. Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000.

Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.

Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini
aliff aziz
Seram juga Abang Nara melihat kecederaan yang dialami oleh Ismail ini. Maknanya sempat jugaklah Aliff Aziz membelasah Ismail. Hebat betul sampukan yang merasuki diri penyanyi tersebut. Bahaya sungguh kalau berulang sekali lagi. Apa pun, diharap Aliff Aziz segera bertemu dengan Ismail untuk memohon maaf agar kes ini tidak masuk ke mahkamah. Kang diri sendiri juga yang rugi. Sumber MalaysianDigest.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan