HARAKAHDAILY
SELEPAS beberapa hari berlaku insiden serangan di pejabat Charlie Hebdo, Paris tidak disangka melalui akaun facebooknya, pengarah filem Perancis, Isabelle Matic mengumumkan keislamannya.
"Hari ini, saya bersyahadat. Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya," tulis Matic dalam sebuah mesej yang diposkan di akaun Facebooknya pada Ahad seperti dipetik lamanonislam.net, Khamis (15/1/2015).
Selain menyebar keislamannya di beberapa posting lain Matic mendedahkan terima kasih kepada pelakon Maghribi, Hicham Bahloul yang juga turut mengumumkan keputusannya masuk Islam di akhbar Maghribi, menurut laman web Islampos.
Dalam mesej lain, pengarah Perancis ini menggambarkan bagaimana dirinya mengambil keputusan yang pada akhirnya bermuara terhadap agama dalam kebebasan bersuara.
"Antara insiden Charlie Hebdo dan saya ada sebuah keputusan dan takdir, ya menjadi seorang Muslim," tulis Matic.
Selain itu, beliau juga mengajak kaum Muslim untuk mengabaikan provokasi Charlie Hebdo yang kembali menerbitkan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW.
"Abaikan. Jangan respons provokasi itu," tulisnya. [ra/islampos]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan