Ha Ha Ha JPJ buat lawak: Hisap Rokok Semasa Memandu Dikenakan Saman, Pemandu JPJ Hisap Rokok Tak Apa?(Gambar)

Tranungkite
Semalam, netizen digemparkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan seorang pemandu kenderaan pengangkuatan awam, Nazri bin Dollah, dikenakan saman oleh polis trafik di atas kesalahan menghisap rokok sambil memandu.

Bagaimanapun, muncul pula gambar seorang pemandu kenderaan rasmi (Hak Milik Kerajaan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lengkap berpakaian uniform sedang merokok semasa memandu berjaya dirakam oleh orang awam.

Kehadiran gambar itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan netizen, apakah penguatkuasa undang-undang dan peraturan jalan raya bersikap umpama ketam sedang mengajar anak-anaknya berjalan?
Menurut sebuah sumber dari JPJ mengatakan, bagi pemegang PSV dan GDL memandu kenderaan perdagangan, teksi dan bas sekolah tidak dibenarkan menghisap rokok. Saman yang dikeluarkan adalah terkandung dalam Tata Kelakuan.

Namun, bagi kenderaan persendirian pula ianya tidak menjadi kesalahan.

Walau bagaimanapun, haruslah diingatkan adalah lebih selamat memandu dengan kedua-dua tangan memegang stering kenderaan.-thehypemedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan