BayangDiAir
Beberapa tahun lepas semasa saya menjadi guru disiplin di sebuah sekolah menengah, berlaku satu peristiwa yang masih saya ingati sampai hari ini. Ceritanya agak signifikan tambah melucukan. Aku dan beberapa rakan guru ketawa berderai-derai dibuatnya.
Kisahnya begini. Seorang pelajar Cina Tingkatan 2 ditangkap menghisap rokok. Dalam sesi soal-siasat, pelajar itu menafikan dirinya merokok. Berbagai-bagai hujah dan tipu-helah diberikannya. Akhir sekali, awak tahu apa jawapan pelajar itu apabila kami bawa saksi?
Pelajar itu jawab, “tak tahu macam mana rokok (yang berasap) tu itu boleh ada di tangan aku”. Selamba saja pelajar itu menjawab. Bengkak perut kami ketawa dibuatnya.
Lim,
Adakah awak juga macam budak itu? Sudah dua tiga kali awak buat bising dalam media bahawa Presiden kami dan pemimpin kami tidak jujur dan berbohong. Pandainya lidah awak berbelit; separuh benar separuh auta agar orang ramai mudah percaya.
Lim,
Sekali lagi aku bertanya, “Adakah lidah awak sama sahaja dengan budak itu?” Please, jangan buat aku ketawa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan