Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Deatuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.
Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.
Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.
Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.
“Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.
“Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya. Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini,” kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post
-malaysiakini-
*Orang sibuk banjir dia sibuk main golf merata-rata. Aritu main golf dengan Obama lunyai kena
*Orang sibuk banjir dia sibuk main golf merata-rata. Aritu main golf dengan Obama lunyai kena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan