KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan NGO, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) kini dikenali sebagai TIBABI. Ia singkatan akronim dari Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim.
Ia dibuat selepas kes membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih belum selesai walaupun beliau kini menjalani hukuman penjara selepas sabit kesalahan kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.
Ketika ditanya perbezaan antara TIBAI dan TIBABI, penerajunya Zahid Md. Arip memaklumkan ia dilakukan kerana kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu dianggap masib belum selesai.
“Ia disebabkan kes Anwar masih berlarutan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Dang Wangi.
Bgaimanapun, sewaktu diminta mengulas lebih terperinci mengenainya, tiada jawapan lanjut diberikan.
TIBAI yang ditubuhkan pada 22 April 2012 dianggap tidak lagi relevan dan dibubarkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan penjara lima tahun ke atas Anwar bulan lalu.
Rata-rata bekas Ahli Majlis Syura TIBAI merupakan bekas ahli dan penyokong kuat PKR ketika zaman reformasi dan ia tubuhkan kononnya untuk mendedahkan kepada umum siapa sebenarnya Anwar.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan