HARAKAHDAILY
PEMAIN football Amerika Syarikat, Dominique Easley menyatakan telah memeluk Islam melalui media sosial beberapa hari yang lalu. Pernyataan Easley ini mendapat pujian dan sokongan daripada peminatnya.
"Banyak perkara yang berlaku dalam hidupku. Aku merasa telah tersesat selama 22 tahun. Hari ini aku telah mendapati pemandu ke syurga. #AllahuAkbar," tulis Easley menerusi Twitter dikutip dariOnIslam.net, Jumaat 20 Mac lalu.
Pemain New England Patriot itu mengumumkan keputusan menjadi Muslim di Twitter pada Jumaat, 13 Mac lalu, yang kemudian mencetuskan gelombang pujian. Sejak itu, tulisan Easley ditweet semula lebih dari 5,150 kali dan menghasilkan ratusan komen.
"DominiqueEasley Alhamdulillah! Semoga Allah membuat perjalananmu ini indah. Semoga Dia memberkati hidupmu dan mengganjarmu dengan Jannah (syurga)," tulis seorang peminat Easley dipetik Eramuslim.com.
"Salam hormat saudaraku! Semoga Allah memberkati InsyaAllah!" tulis peminat lain.
Pemain bertahan ini juga mengumumkan keislamannya melalui Instagram yang mendapat lebih daripada 1,200 like dan puluhan komen. Dia memuat naik sebuah foto dirinya bersama tiga orang berpakaian seperti Muslim di sebuah masjid.
"Selamat datang kepada Islam Alhamdulillah..," seorang pengguna Instagram menulis.
"Selamat telah mencari kedamaian dan selamat datang dalam keluarga besar yang penuh cinta dan doa untuk anda," komen lain.
Lahir pada April 1992, Easley telah menandatangani kontrak empat tahun dengan New England Patriots pada 2014. Nilai kontrak Easley US$7.3 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan