Tranungkite
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa melanggar perjanjian yang ditandatangani bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum Piliharan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, sebelum PRU13, gabungan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) telah menandatangani surat yang bersetuju untuk menegakkan visi dan misi parti masing-masing.
Menurutnya, surat setebal 20 muka surat itu turut menyatakan, PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep negara Islam secara sendiri dan tidak akan membantah sebarang usaha PAS.
Beliau berkata, Abdul Hadi hanya menyeru umat Islam menyokong hudud dan tidak memaksa Barisan Nasional, DAP, MCA atau Gerakan, selain berpegang kepada apa yang telah dipersetujui dalam surat berkenaan.
“Jadi, apabila Guan Eng mengatakan Abdul Hadi pengkhianat dan cuba berbincang dengan parti lain, ini adalah satu fitnah, kerana pengkhianat sebenar adalah Lim Kit Siang, kerana menjemput Gerakan, MCA dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tubuhkan kerajaan baru serta Perdana Menteri baru.
“Jadi, Kit Siang yang melanggar PR dan bukannya Abdul Hadi seperti yang dikatakan oleh Guan Eng,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak turut membangkitkan perkara sama di laman Twitter miliknya.
Ibdilillah turut hairan dengan apa yang dikatakan pimpinan DAP ketika ini, berbeza dengan apa yang pernah diungkapkan sebelum PRU13.
“Kisah sebelum PRU13. Kenapa LGE (Lim Guan Eng) tak pernah nafikan dia bersetuju dengan konsep negara Islam? #DemiUndi,” katanya sambil memuat naik surat yang dikatakan mendapat persetujuan DAP atas perjuangan negara Islam PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan