KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merogol seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.
“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.
“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” katanya.
Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.
Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.
Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan