1MDB - Rakyat Tertanya - Tanya Menunggu Jawapan

Abu Hassan Adam
Walaupun sudah lama isu IMDB ‘berlegar’, namun masih ramai lagi rakyat yang tidak tahu tentang ‘biji-buah’nya. Mereka mendengar tentang kisah rakyat memberikan sokongan kepada DS Najib tetapi mereka tidak tahu ‘sokongan’ untuk apa. Mereka dengar ‘riuh-rendah’ tentang hal Tabung Haji tetapi mereka tidak tahu yang wang ‘titik peluh’ mereka telah digunakan untuk membeli sebidang tanah yang kononnya hasil jualan harta berkenaan nanti akan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda. Mereka telah diberitahu begitu oleh akhbar dan TV arus perdana.

Namun cerita sebenar tentang apa yang berlaku mereka tidak tahu. Lantas mereka masih menunggu dan menunggu jawapan……
Sementara itu suku-sakat UMNO pula pasti sudah faham ‘isi hati’ TS Muhyiddin Yasin berkaitan dengan IMDB ekoran daripada ucapannya pada satu majlis tertutup bersama pemimpin-pemimpin UMNO tidak berapa lama dulu. Dan yang diperbincangkan oleh mereka kini pastinya bukan sahaja mengenai IMDB tetapi mengenai perbezaan pendapat antara DS Najib dan TS Muhyiddin. Ringkasnya semacam ada ‘keretakan’ antara dua pemimpin atasan UMNO itu.

TS Muhyiddin menyarankan agar semua pihak yang bertanggungjawab menyebabkan IMDB ‘merudum’ harus meletakkan jawatan. Cuma TS Muhyiddin tidak menyebutkan nama DS Najib supaya sama-sama meletakkan jawatan. Apakah beliau bimbang untuk mengaitkan nama DS Najib seorang dalam hal kemelut sebegni kerana mustahil beliau juga tidak mengetahui tentang selok belok IMDB ini. Tentu sekali DS Najib tidak keseorangan merangka dan melaksanakan tugas dalam IMDB. Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pastinya beliau merujukkan juga hal IMDB ini kepada kabinet. Dengan demikian tentulah ‘tangan kiri’ tahu apa yang dilakukan oleh ‘tangan kanan’.

Dalam hal ini YBM Tengku Razaleigh Hamzah ada menyarankan agar,’ "Everybody in the cabinet must be collectively responsible for this problem. You cannot say 'this is your problem, not my problem'," Malaysiakini May 25 2015. Maknanya bukan sahaja DS Najib yang harus dipersalahkan tetapi seluruh anggota kabinet termasuk juga TS Muhyiddin Yasin yang sama-sama berada dalam Kabinet untuk membincangkan isu-isu tertentu yang termasuk juga isu IMDB ini pastinya.

Tambahnya lagi,’ …..the cabinet ministers were equally responsible, irrespective of whether they had knowledge of what transpired.He said ministers cannot hide behind the excuse of being ignorant about the matter, which is a public issue.If in the dark, Tengku Razaleigh said, the ministers should have raised it at a cabinet meeting” Malaysiakini 25 May 2015

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) TS Shahrir Samad menyokong kenyataan YBM Tengku Razaleigh itu yang seluruh kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal IMDB. Katanya, "Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan….Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," Malaysian Insider 26 Mei 2015

Ini bermakna bahawa TS Muhyiddin juga harus meletak jawatan sekiranya beliau tidak sependapat dengan apa yang diputuskan oleh kabinet. Berdasarkan ucapannya itu yang menekankan tentang pentingnya seluruh pengurusan IMDB meletak jawatan menampakkan perbezaan pendapat dengan tindakan YAB Perdana Menteri DS Najib sendiri. Dan sekiranya prinsip peraturan kabinet itu dipatuhi maka sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan keputusan kabinet seharusnya meletakkan jawatan.

Membincangkan hal sebegini terutama yang berkaitan dengan prinsip perjuangan, tentulah rujukan kita ialah kepada tindakan Tun Dr. Ismail yang mengambil sikap meletakkan jawatan apabila bertentangan pendapat dengan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pada ketika itu. Pernah satu ketika beliau mengambil keputusan sedemikian hanya disebabkan oleh tindakan Tunku yang bersetuju dan menyokong agar negara Komunis China di senaraikan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hal ini berlawanan dengan persetujuan yang telah dipersetujui oleh Tunku dan Dr. Ismail (Menteri Luar) sebelum itu. Hanya dengan tindakan Tunku yang membelakangkan persetujuan awal sahaja menyebabkan Tun Dr Ismail meletak jawatan. Dan kesilapan Tunku itu diakui oleh Tunku Abdul Rahman sendiri. Itulah yang dinamakan pejuang tulin yang semestinya dihormati dan disanjung oleh bangsa Malaysia.(Rujukan: Tunku Abdul Rahman,” LOOKING BACK’-1977)

Rakyat Malaysia masih terus bingung mengenangkan nasib malang yang menimpa IMDB ini. Yang membingungkan ramai orang ialah tentang ‘kesanggupan’ dan ‘kerelaan’ pemimpin kita untuk tidak menyuarakan sesuatu tentang IMDB ini. Hanya pemimpin pembangkang yang sentiasa riuh rendah mempersoalkan tentang ‘ada yang tak kena’ mengenai IMDB sedangkan para pemimpin UMNO khususnya terus menerus menyepi diri. Wakil Parlimen menyepi diri. Para menteri kabinet juga menyepi diri. Ketua-ketua Bahagian UMNO juga menyepi diri. Dan Ketua Cawangan UMNO di kampung-kampung tidak perlu dipersalahkan disebabkan mereka sebenarnya tidak tahu menahu tentang ‘selok-belok’ IMDB.

Pemimpin UMNO lain perlu dipersalahkan kerana semacam bersubahat dengan kepimpinan pengurusan IMDB. Tak mungkin mereka tak tahu. Tak mungkin mereka tak tahu kata YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Takkan lah mereka tak tahu kata TS Shahril Samad. Dan yang akhir sekali menyatakan ‘kehairanan’ ialah Dato Zaid Ibrahim, bekas Menteri Kabinet.

abuhassanadam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan