Sesuatu yang menarik malam tadi ialah apabila Nik Omar menjelaskan penerimaan atau pandangan Tokguru terhadap tiga pimpinan Pas di Kelantan, Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa.
"Tokguru pernah menyebut kepada ambo mengenai ketiga orang ini. Katanya Ustaz Mat (Ahmad Yaakub) dalam bab pentadbiran khususnya hubungan dengan istana, manakala Nik Amar pula dalam bab ceramah, kalau Nik Amar ceramah terkencing orang Umno, sementara Husam pula, dia bukan sahaja material untuk Kelantan tetapi untuk Pusat juga. Ambo ingat kata-kata Tokguru ini."
Memahami apa yang dimaksudkan oleh Tokguru menurut Nik Omar itu, Tokguru menerima ketiga-tiga orang ini sebagai pemimpin masa depan dan mereka ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Saya yakin dan percaya Nik Omar jujur menuturkan apa yang disebut oleh Allahyarham ayahandanya itu.
Selain itu menyentuh bab wasiat dan amanah, kata Nik Omar, beliau tidak menyebut amanah dan wasiat tertentu yang ditinggalkan Tokguru secara khusus tetapi menyimpulkan setiap percakapan, perbuatan dan perjuangan Tokguru itu adalah wasiat dan pesaka yang perlu diwarisi. Kalau kita semua menyayangi Tokguru dan menghormatinya, maka semua wasiat itu hendaklah dipatuhi, katanya.
Dua orang lagi panelis yang membicarakan mengenai bentuk kepimpinan dan sifat bapa mereka rasanya tidak perlu saya sentuh di sini kerana sebelum ini Mujahid dan Faiz pernah tampil dalam forum bersama dimana mungkin mereka juga sudah menyebut sepintas lalu akan stail, prinsip dan sifat kepimpinan ayah mereka.
http://msomelayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan