Reputasi Pendikar Amin sudah rosak

Mohd Sayuti Omar
Pendedahan dibuat oleh Mahathir Mohamad yang Pendikar Amin Mulia telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat terjawab hari ini apabila Speaker asal Sabah itu membuat penjelasan atas apa yang berlaku.

Katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, dia memang telah menulis surat untuk meletak jawatan, tetapi hasratnya itu ditolak oleh Najib Razak.

Adapun kenapa dia hendak meletak jawatan ialah kerana kecewa dengan beberapa perkara termasuk perjalanan sidang parlimen dan juga kurang keprihatinan kerajaan kepada prasarana Parlimen yang dianggap sebagai kelas ketiga berbanding dengan prasarana institusi kerajaan lain pejabat-pejabat menteri atau pun mahkamah.

Hasrat besar Pendikar Amin katanya dia mahu melakukan perubahan dan pembaharuan kepada parlimen. Salah satu yang tidak disenangi ialah orang yang bertanggungjawab kepada parlimen hendaklah ditiadakan. Apa dimaksudkan dia mahu menguasai Parlimen sepenuhnya dan pentadbiran instutusi itu tidak terpisah.

Najib katanya berjanji akan memenuhi tuntutan beliau itu dengan mengarahkan Muhyiddin Yassin menanganinya. Pendikar Amin menegaskan dia akan serahkan surat perletakkan jawatan itu sekali lagi kalau tuntutannya tidak dipenuhi. Tempoh yang diberikan ialah sebelum parlimen penggal ke 13 ini dibubarkan.

Menyimpul isu perletakan jawatan Pendikar Amin yang diumumkan Mahathir dan menjadi kontroversi itu, ianya memang ada asas dan Mahathir tidak salah dalam hal ini cuma sedikit kekeliruan sahaja. Pendikar Amin menyatakan keterkilan dengan Mahathir yang ghairah untuk jatuhkan Najib dengan mengumumkan perletakan jawatan itu baginya pihak.

Bagaimana pun permainan ugut-ugutan itu menyebabkan reputasi Pendikar Amin sebagai Speaker sudah terjejas. Cara untuk beliau pulihkan reputasinya ialah dengan benar-benar meletakkan jawatan sama ada tunutannya untuk melakukan perubahan itu dilayan atau tidak dalam masa terdekat.

Apakah Pendikar Amin ada maruah? Seorang Speaker harus mempunyai maruah dan integriti yang tinggi sebab dia juga boleh dianggap sebahagian daripada seorang hakim. Wow...
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan