SUSPEK ditahan polis. Gambar kanan, suspek lengkap dengan pakaian wanita.
Beijing: Seorang lelaki ditangkap di bandar Tengzhou di wilayah Shandong selepas mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya memasuki bilik air wanita.
Polis semalam memasuki bilik air wanita di sebuah perpustakaan di bandar berkenaan selepas menerima laporan mengenai kegiatan menghendap.
Mereka menemui suspek memakai skirt mini ketat, berkasut tumit tinggi, bermekap tebal dan memiliki payu dara besar luar biasa di dalamnya.
“Bentuk badannya sama dengan lelaki,” kata seorang anggota polis.
Selepas disoal siasat, lelaki itu mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya menghendap wanita di dalam bilik air.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan