Pada hari yang sama bekas ketua pembangkang menyeru penyusunan semula dan muncul pembangkang yang kuat, para pemimpin gabungan pembangkang itu dilihat mengadakan satu pertemuan.
Sekeping foto menunjukkan sekumpulan anggota parlimen dan pemimpin progresif PKR, DAP dan PAS duduk bersama-sama dalam satu kumpulan dengan dilaporkan mereka berbincang menubuhkan Pakatan 2.0.
MP Teresa Kok yang memuatnaik gambar tersebut dalam laman Facebooknya semalam berkata ia diambil dalam satu majlis berbuka puasa di rumah anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar di Kuala Lumpur malam tadi.
"Ketika keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi malam ini ia seolah-olah memberi harapan lahirnya Pakatan Rakyat 2.0," tulis beliau.
Antara pemimpin yang hadir dalam gambar tersebut ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, tokoh DAP Lim Kit Siang, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, MP Shah Alam Khalid Samad, MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul, penyanyi dan ahli PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan